2022 Porsche GT4 RS di Malaysia: Akhirnya, Cayman dengan Lencana RS!
Image Above By Calreyn88 - Own work, CC BY-SA 4.0, Source
Porsche GT4 RS baharu yang ditunggu-tunggu kini boleh didapati di Malaysia. Pengedar baharu Porsche di Danga Bay, Johor Bahru telah menganjurkan acara pelancaran untuk model Porsche Cayman paling tegar (Sumber: Top Gear Malaysia). Anda boleh lawatinya pada waktu operasi untuk melihat sendiri keindahan model Cayman paling ekstrem dan model-model Porsche yang lain.
Jika hendak diungkapkan dalam satu ayat, Porsche GT4 RS baharu adalah impian setiap pencinta Porsche sejak mereka mula memiliki kereta jenama itu. Dari aspek teknikal, GT4 RS merupakan gabungan hebat antara ciri-ciri yang paling diingini daripada 911 GT3 dengan kelincahan sebuah Cayman.
Ia adalah persilangan yang diingini oleh setiap peminat Porsche walaupun tidak menyangka ia akan menjadi sebuah realiti. Andreas Preuninger, ketua bahagian Porsche GT berkata mereka ingin menghasilkannya untuk masa yang lama atas dasar luahan hati (Sumber: Top Gear). Berikut adalah aspek penting yang perlu anda tahu tentang GT4 RS.
1. Enjin & Kotak Gear
Enjinnya agak serupa dengan 911 GT3. Ia menggunakan enjin 'boxer' 4.0 liter enam silinder tanpa turbo yang boleh menjerit sehingga 9000 rpm. Isipadu khusus enjin ialah 3,996 cm3 yang menghasilkan 493 kuasa kuda dan 450 Nm. Enjin itu dipadankan dengan transmisi klac berkembar PDK tujuh kelajuan sahaja.
Kereta ini mempunyai 79 kuasa kuda lebih tinggi daripada Cayman GT4 dan 10 kuasa kuda kurang daripada 911 GT3 (992).
2. Prestasi
Satu lagi aspek prestasi ialah brek. Brek hadapan mempunyai enam piston bersama kaliper brek aluminium. Begitu juga dengan brek belakang namun ia mempunyai empat piston.
3. Dalaman
Ciri dalaman Porsche GT4 RS yang dapat dilihat adalah seperti berikut:
• Karpet ringan.
• Penarik pintu jenis fabrik.
• Logo pada kerusi tempat letak kepala (bergantung pada pilihan).
• Kurang penebat bunyi.
4. Luaran
Butiran bahagian luaran termasuk:
• Roda kunci tengah, kali pertama dalam model Cayman (Sumber: YouTube, Doug DeMuro, The 2022 Porsche Cayman GT4 RS Is the Best Modern Porsche).
• Kaca lebih nipis untuk cermin belakang (Sumber: Top Gear Malaysia).
• Spoiler belakang jenis leher angsa boleh laras secara manual dengan sokongan spoiler aluminium (Sumber: Top Gear Malaysia).
• Penyebar hadapan ('front diffuser') boleh laras secara manual (Sumber: Top Gear).
• Bonet dan penyebar hadapan diperbuat daripada 'Carbon Fibre Reinforced Plastic' (CFRP) (Sumber: Top Gear Malaysia).
• Logo Porsche di hadapan serta lencana 'GT4 RS' di bahagian belakang dan kedua-dua pintu adalah jenis pelekat (Sumber: YouTube, Doug DeMuro, The 2022 Porsche Cayman GT4 RS Is the Best Modern Porsche).
5. Pilihan
a. 'Weissach-package'.
• Pengambilan udara di belakang tingkap hadapan dan di belakang pintu depan, trim penutup cermin sisi, spoiler belakang, bonet, dan penutup peti udara diperbuat daripada anyaman karbon terdedah.• Huruf besar 'PORSCHE' di bahagian atas cermin belakang.
• Paip ekzos dan sangkar gulungan daripada titanium.
• Race-Tex, yang sebenarnya ialah Alcantara pada bahagian atas papan pemuka.
• Lencana 'Weissach Package' pada pemegang cawan bezel.
• Logo 'Weissach Package' pada tempat letak kepala.
• Tali pinggang keledar hitam 6 poin untuk pemandu dan penumpang (Hanya terpakai jika tempat duduk 'bucket' sepenuhnya dipasang).
Jika pelanggan memilih salah satu daripada pakej 'Weissach', mereka juga mempunyai pilihan tambahan, iaitu roda magnesium tempa 20 inci. Sebagai makluman, GT4 RS didatangkan standard dengan roda aluminium dengan saiz yang sama.
Roda magnesium dapat mengurangkan sekitar 10 kg berat badan. Walau bagaimanapun, harga 'Weissach-package' ini yang berharga lebih RM170,000 akan menambah lebih RM166,000 lagi wang untuk pilihan roda magnesium. Manakala pakej tanpa sangkar gulung berharga lebih RM140,000
c. Pakej 'Clubsport' (Percuma).
• Suis untuk memutuskan sambungan bateri.• sangkar gulungan jenis keluli (Sangkar gulungan titanium akan dikekalkan jika pelanggan telah menambah pakej 'Weissach').
• Tali pinggang keledar hitam 6 poin untuk pemandu sahaja (Hanya terpakai jika tempat duduk 'bucket' sepenuhnya dipasang).
• Alat pemadam api mini dengan pendakap aluminium.
6. Mekanikal
GT4 RS menerima set gear dan nisbah gandar daripada model 991.2 GT3 RS. 'Limited Slip Differential' (LSD) adalah daripada 991.2 GT3 versi manual. Selain itu, roda tenaga dua jisim atau 'dual mass flywheel' diambil daripada model 982 GT4 Clubsport. Kereta ini juga menggunakan suspensi adaptif dari Bilstein dengan spring yang lebih keras. Ia merendahkan kereta sebanyak 30 mm daripada Cayman biasa.
Menyebut tentang ketinggian kereta, GT4 RS adalah model Cayman pertama yang boleh dilengkapi dengan pengangkat gandar (Sumber: YouTube, Doug DeMuro, The 2022 Porsche Cayman GT4 RS Is the Best Modern Porsche). Malangnya, ciri ini tidak datang secara standard untuk kereta yang sememangnya bukan 'crossover'.
Seterusnya, casis GT4 RS telah dinaik taraf dengan pelekap suspensi sambungan bebola. Penggunaan bahan yang ringan pada keseluruhan kereta menghasilkan berat sebanyak 1415 kg, iaitu lebih ringan daripada GT4 dengan kotak gear PDK sebanyak 35 kg.
7. Dimensi
Lebar trek:
• Depan: 1545 mm.
• Belakang: 1542 mm.
8. Harga
Dengan peningkatan ketara daripada GT4 biasa, kereta ini datang pada harga yang lebih premium. Jadi, GT4 RS mempunyai harga permulaan sebanyak RM1,550,000 (Sumber: Porsche Malaysia). Namun, Porsche akan memastikan pelanggan tetap membeli pilihan yang disediakan untuk mencapai objektif kereta yang sepatutnya.
Perlu diingat bahawa semua pilihan yang Porsche sediakan untuk pelanggannya tidak murah sama sekali.
9. Kecekapan
Jelas sekali, kereta ini bukan tentang kecekapan. Keputusan ujian telah membuktikannya. Penggunaan bahan api GT4 RS mengikut Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) ialah 12.3 L/100 km. Mengikut protokol 'Worldwide Harmonized Light Vehicle Test Procedure' (WLTP), GT4 RS mencatatkan penggunaan petrol sebanyak 13.2 L/100 km.
Kereta ini diukur pada 281 g/km mengikut NEDC dan 299 g/km mengikut WLTP untuk pelepasan gas CO2.
Porsche GT4 RS baharu benar-benar ibarat seekor binatang buas. Ia adalah jentera prestasi yang dinanti-nantikan oleh setiap pencinta Porsche. Kereta ini semakin popular dalam kalangan orang ramai atas sebab gabungan kuasa yang sempurna dengan beratnya yang ringan. Kini tiba masanya untuk anda membuat keputusan. Tetapi satu perkara yang pasti; Porsche GT4 RS kini sedia memerintah di atas litar dan jalan raya untuk masa yang lama.

