9 Barisan SUV Paling Premium di Malaysia [Bahagian 1]
Gambar di Atas Daripada Stefan Oberreuter - Hasil peribadi, CC BY-SA 4.0, Sumber
Peningkatan minat pengguna terhadap SUV ('Sport Utility Vehicle') sememangnya tidak dapat dinafikan. Oleh sebab itu, semua pembuat kereta kini telah menghasilkan model SUV atau 'crossover' yang tersendiri. Malah, jenama-jenama mewah turut serta menghasilkan produk SUV mewah bagi meningkatkan jualan mereka.
Ini dapat membantu jenama-jenama ini untuk mengumpul dana meneruskan penghasilan kereta-kereta sukan atau 'supercar' pada masa akan datang. Saiz kereta yang besar, posisi pemanduan yang tinggi dan meyakinkan, dan ruang yang luas merupakan elemen sebuah SUV masa kini. Bagaimanapun, SUV mewah mempunyai kelebihan dari segi prestasi.
1. Aston Martin DBX707
Dilancarkan di Malaysia pada September 2022, ini merupakan SUV paling berkuasa di dunia buat masa kini. Ia dikuasakan oleh enjin 4.0 liter turbo berkembar V8 menghasilkan 697 kuasa kuda (707 PS) dan 900 Nm tork. Kereta ini mempunyai 155 kuasa kuda dan 200 Nm tork lebih tinggi daripada DBX biasa. Enjin tersebut menerima pemetaan enjin yang ditingkatkan dan bebola galas ('ball bearing') turbo baharu.
Kuasa daripada enjin disalurkan ke semua pacuan roda melalui kotak gear klac basah automatik sembilan kelajuan. DBX707 mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 3.3 saat dengan kelajuan maksimum 310 km/j. Dari segi mekanikal, kereta ini dilengkapi dengan sistem injap ekzos aktif dan pembezaan gelinciran terhad elektronik yang lebih kukuh.
Seterusnya, brek semestinya daripada seramik karbon, enam piston kaliper di hadapan dan satu di belakang. Mengelilingi brek adalah roda bersaiz 22 inci yang dibalut oleh tayar Pirelli P Zero. Peredam dan spring kereta ini turut ditambah baik. Dari aspek kosmetik, DBX707 mempunyai gril hadapan lebih besar daripada DBX biasa.
Lampu siang berbentuk garis melintang pada setiap sisi dengan spoiler hadapan merupakan elemen unik kereta ini. Selain itu, model ini mempunyai diffuser belakang, spoiler belakang unik, dan empat ekzos di mana dua ekzos pada setiap sisi. Fungsi pintu tutup lembut turut hadir dan anda dihidangkan dengan bahagian dalaman yang dibalut dengan kulit dan Alcantara. Segala kelengkapan tersebut meletakkan harga asas DBX707 sebanyak RM1,098,000 tanpa cukai, duti, dan pilihan.
2. Audi RS Q8
Pada bulan yang sama, turut dilancarkan Audi Q8 berprestasi tinggi, RS Q8.
Hasilnya, 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat dengan kelajuan maksimum 305 km/j. Kereta ini didatangkan dengan sistem ekzos sukan RS. Roda kereta ini bersaiz 23 inci dengan reka bentuk 5 bliah bebentuk V. Roda tersebut dibalut oleh tayar Pirelli P Zero. Di dalamnya merupakan brek seramik RS dengan kaliper berwarna merah.
RS Q8 dilengkapi suspensi udara adaptif dengan peredam khas dan pembezaan gelinciran terhad yang lebih sukan. Fungsi penstabilan gulungan aktif elektromekanikal hadir untuk membantu mengawal badan kereta. Kereta ini 10 mm dan 5 mm lebih lebar untuk trek depan dan belakang daripada Q8 biasa. Seterusnya, gril hadapan RS Q8 berbentuk sarang lebah diperbuat daripada karbon.
Logo Audi dan lencana RS Q8 menggunakan warna hitam (Sumber: Audi Malaysia, Price List). Tidak dilupakan fungsi menarik kereta ini iaitu animasi lampu hadapan dan belakang ketika membuka dan mengunci kereta (Sumber: AutoBuzz, Audi RS Q8 launched in Malaysia from RM 1.7m – in case the Urus is too flashy for you).
Terdapat lapan mod pemanduan yang diberi nama 'Audi Drive Select' boleh dipilih. Antaranya ialah 'Comfort', 'Auto', 'Dynamic', 'Efficiency', 'All Road', 'Off Road', dan mod pemanduan individu iaitu 'RS1' dan 'RS2'.
Aspek keselamatan RS Q8 tidak kurang hebatnya. Dilengkapi dengan Kawalan Pemanduan Adaptif, lapan beg udara, dan Amaran Penukaran dan Berlepas Lorong. Bantuan Trafik Lintas Hadapan dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar merupakan ciri keselamatan lain kereta ini. Akhir sekali, harga di atas jalan sebuah RS Q8 ialah RM1,677,023.60. Manakala tambahan RM 24 diperlukan jika memlilih pakej 'Audi Assurance'.
3. Bentley Bentayga Speed
SUV seterusnya ialah model Bentayga paling pantas, Bentayga Speed. Model yang dilancarkan di Malaysia sekitar Jun 2021 ini dikuasakan oleh enjin 6 liter turbo berkembar dengan konfigurasi W12. Hasilnya, 626 kuasa kuda dan 900 Nm tork. Bentayga Speed hanya mengambil masa 3.9 saat untuk memecut dari 0-100 km/j dan boleh dilenjan sehingga 306 km/j.
Selain itu, terdapat sistem anti gulung elektronik 'Bentley Dynamic Ride' untuk mengawal badan kereta. Pelanggan mempunyai pilihan untuk memasang ekzos titanium pada kereta mereka. Untuk prestasi brek yang mantap, pelanggan boleh memilih brek seramik karbon bersaiz 17 inci.
Ia dapat mengurangkan berat kereta sebanyak 20 kg. Bentayga Speed mempunyai lampu hadapan dan belakang lebih gelap, dan spoiler belakang lebih besar.
Kit badan gentian karbon berwarna badan kereta serta roda 22 inci merupakan elemen unik Bentayga Speed (Sumber: Bentley Kuala Lumpur). Disebabkan ini merupakan model jenama Bentley, pelanggan mempunyai 17 pilihan warna standard dan tambahan 47 pilihan melalui pilihan cat 'Extended' dan 'Mulliner' (Sumber: paultan.org, Bentley Bentayga Speed launched in Malaysia – 6.0L W12 beast with 635 PS, 900 Nm; from RM2.68 million).
'Black Specification' untuk kemasan luaran berwarna hitam boleh dipilih oleh pelanggan juga. Memasuki ke bahagian dalaman, Bentayga Speed menyajikan kemasan Alcantara pada stereng, siling, tempat duduk, dan bahagian tiang. Bahagian lain dibalut dengan kulit. 'Black Specification' untuk kemasan luaran berwarna hitam boleh dipilih oleh pelanggan juga.
Memasuki ke bahagian dalaman, Bentayga Speed menyajikan kemasan Alcantara pada stereng, siling, tempat duduk, dan bahagian tiang. Bahagian lain dibalut dengan kulit. Dari segi pilihan untuk bahagian dalaman, terdapat 88 jenis dua tona warna yang disediakan. Memasuki ke bahagian dalaman, Bentayga Speed menyajikan kemasan Alcantara pada stereng, siling, tempat duduk, dan bahagian tiang.
Bahagian lain dibalut dengan kulit. Dari segi pilihan untuk bahagian dalaman, terdapat 88 jenis dua tona warna yang disediakan. Jika kesemua pilihan tersebut tidak memuaskan, pelanggan boleh sahaja menyesuaikan sendiri dengan warna kegemaran.
Lagi empat mod pemanduan merupakan mod di luar jalan raya di bawah 'All-Terrain Specification'. Mod tersebut ialah salji dan rumput, kotoran dan batu kelikir, lumpur dan jejak, dan pasir. Bagi aspek keselematan, Bentayga Speed didatangkan dengan fungsi Bantuan Titik Buta, Amaran Keluar ('Exit Warning'), dan Amaran Trafik Ketika Mengundur.
Pengecaman Tanda Lalu Lintas, Kamera Pandangan Atas, dan Amaran Pejalan Kaki juga standard pada kereta ini. Kawalan Pemanduan Adaptif, Penglihatan Waktu Malam, 'Bentley Safeguard Plus', dan Bantuan Pancaran Lampu Tinggi merupakan ciri-ciri lain pada Bentayga Speed.
Harga asas Bentley Bentayga Speed ialah RM1,062,000 tidak termasuk duti dan cukai. Jika dicampurkan, harganya ialah RM2,680,000.
4. BMW XM
Kita beralih ke satu-satunya SUV BMW dengan varian M, iaitu XM. Ia ditunjukkan di Malaysia pada Mac 2023. Ini juga merupakan kereta BMW M pertama menggunakan tren kuasa 'plug-in' hibrid. Ia dikuasakan oleh enjin 4.4 liter turbo berkembar V8 dengan satu motor elektrik. Kuasa yang dihasilkan oleh enjin pembakaran dalaman itu ialah 489 kuasa kuda dan 650 Nm tork.
Jika digabungkan dua tren kuasa itu, BMW XM mempunyai 653 kuasa kuda dan 800 Nm tork. Kotak gear adalah jenis automatik lapan kelajuan dengan pacuan semua roda secara standard. Pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.3 saat dengan kelajuan maksimum terhad 250 km/j. Jika dipandu hanya dengan kuasa elektrik, kelajuan maksimum ialah 140 km/j dengan jarak perjalanan sejauh 88 km.
XM dilengkapi dengan suspensi adaptif, peredam kawalan elektronik, dan 'Active Roll Stabilisation'. XM ini juga mempunyai kemudi roda belakang sesuai dengan saiz kereta yang besar. Pembezaan slip terhad hadir pada SAV ('Sports Activity Vehicle') ini. Reka bentuk kereta BMW pada masa kini sering menjadi perbualan hangat. BMW XM turut tidak terkecuali.
Reka bentuk luaran XM sememangnya lain dari SAV BMW lain. Pertama, 'kidney grill' yang besar, namun ia tidak tinggi seperti BMW iX. Gril tersebut mempunyai lampu nipis pada bahagian bingkainya dengan garisan mendatar dalam gril. Lampu hadapannya terbahagi kepada dua untuk setiap sisi, bahagian paling atas untuk lampu siang dan lampu utama di bahagian bawah.
Panel berwarna hitam berkilat mengelilingi bahagian bawah kereta. Pada bahagian tepi, kelihatan rim bersaiz 23 inci berwarna emas dengan bahagian tengahnya berwarna hitam. Terdapat juga pilihan rim berwarna hitam dengan garisan berwarna perak. Garisan warna emas kelihatan pada keliling tingkap tepi pada bahagian atas. Kemudian garisan itu turun lebih rendah berbanding bahagian paling bawah tingkap bersambung hingga ke 'fender'.
Sekurang-kurangya penutup cermin sisi masih kekal dengan reka bentuk tradisional M. Lampu belakang mempunyai bentuk huruf 'L'. Ekzosnya berbentuk heksagon dengan dua pada setiap sisi. Menariknya, setiap dua ekzos disusun secara menegak. Logo BMW pula diletakkan pada dua penjuru atas cermin belakang berbanding di bawah cermin belakang.
Penggunaan dua logo BMW di bahagian belakang turut kelihatan pada model ikonik BMW M1. Dalaman XM ini tidaklah luar biasa seperti bahagian luaran. Reka bentuk papan pemuka mirip dengan model BMW yang lain dengan skrin baharu 'BMW Curved Display'. Terdapat satu elemen menarik untuk bahagian dalaman, iaitu reka bentuk 3D pada 'headliner' diperbuat daripada Alcantara.
Spesifikasi standard adalah seperti 'M Leather Steering Wheel', 'M Seat Belts', 'M Multifunctional Seats', dan ventilasi kerusi aktif. Selain itu, kawalan iklim automatik empat zon, fungsi kerusi urutan, dan lampu kabin turut disediakan. Bukan itu sahaja, 'BMW Iconic Sounds Electric', 'BMW Head-Up Display', dan 'Bowers & Wilkins Diamond Surround Sound System' adalah standard.
Terdapat pelbagai fungsi keselamatan aktif pada SAV ini. XM didatangkan dengan pakej 'Driving Assistant Professional' mengandungi ciri-ciri seperti 'Steering and Lane Control Assistant', dan 'Automatic Speed Limit Assist'. 'Lane Change Assistant', 'Active Cruise Control with Stop&Go', 'Lane Departure Warning', dan 'Front/Rear Crossing Traffic Warning' adalah sebahagian daripada pakej tersebut.
5. Lamborghini Urus Performante
Pada September 2022, iaitu dua minggu selepas kemunculan global, Lamborghini Urus Performante membuat penampilan pertama di Asia Tenggara di Malaysia. Ia menawarkan pemanduan lebih jitu khususnya di atas litar. Dikuasakan oleh enjin 4 liter turbo berkembar V8 menghasilkan 666 kuasa kuda dan 850 Nm tork. Urus Performante memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.3 saat dengan kelajuan maksimum 306 km/j.
Kuasa itu dihantar ke semua roda melalui kotak gear automatik lapan kelajuan. Diet yang diberikan Lamborghini kepada kereta ini membuahkan hasil dengan penurunan sebanyak 47 kg daripada Urus biasa. Ini membawa kepada perubahan yang terdapat pada Performante berbanding model biasa. Pertama, sentuhan gentian karbon pada bonet. Gentian karbon pada bumbung tidak datang secara standard
Turut kelihatan penggunaan gentian karbon pada lengkungan roda, panel rocker, penutup cermin sisi. Diffuser belakang dan spoiler adalah daripada gentian karbon juga.
Performante ini menggunakan spring besi baharu yang merendahkan kereta sebanyak 20 mm. Kereta ini dipakaikan dengan roda 23 inci yang dibalut dengan tayar Pirelli Trofeo R eksklusif untuk SUV ini.
Hampir keseluruhan kabin Performante dihiasi dengan Alcantara kecuali kerusi yang dicampurkan dengan kulit (Sumber: Lamborghini Kuala Lumpur). Pelanggan boleh memilih untuk membalut kawasan kabin menggunakan apa sahaja bahan melalui servis personalisasi 'Ad Personam' (Sumber: AutoBuzz, Lamborghini Urus Performante makes Southeast Asian debut in Malaysia).