2022 Perodua Ativa Hybrid di Malaysia: Satu Langkah Ke Arah Elektrifikasi
Elektrifikasi kereta berkembang pesat di Malaysia apabila permintaan untuk kenderaan yang lebih cekap tenaga meningkat. Perodua menyedarinya dan mereka memutuskan untuk melancarkan pelan langganan Perodua Ativa Hibrid pada 26 September 2022 (Sumber: Perodua, Perodua mulakan kajian unik pengguna libatkan kenderaan hibrid pertamanya.).
Ia pada asasnya ialah Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid yang dijual di Jepun.
Hanya 300 unit kereta ini berada di Malaysia dan kesemuanya telah disewakan. Matlamat Perodua adalah untuk menguji tingkah laku pemanduan pelanggan untuk kereta hibrid di bandar-bandar besar. Ini termasuk di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Tambahan pula, Perodua ingin mengetahui pendapat mereka tentang pelan langganan 5 tahun seperti yang dimulakan daripada Ativa Hybrid ini.
Pelan langganan yang dikenali sebagai Perodua 'EZ MOBi' telah pun tersedia kepada pelanggan korporat sejak November 2021.
1. Enjin & Kotak Gear
Ativa Hybrid dikuasakan oleh satu motor elektrik yang menghasilkan 106 PS dan 170 Nm tork. Ia digabungkan dengan enjin 1.2 liter tiga silinder (WA-VEX) kitaran Atkinson dengan output 82 PS dan 105 Nm tork. Walau bagaimanapun, motor elektrik yang menghantar kuasa ke roda hadapan dan bukannya enjin 1.2 liter. Enjin tersebut hanya bertindak sebagai penjana untuk mengecas bateri hibrid yang terletak di bawah tempat duduk belakang.
Sementara itu, motor elektrik menghantar kuasanya melalui transmisi 'HEV transaxle' (Sumber: YouTube, Pandu Laju, PERODUA ATIVA HYBRID | Cuma 300 Unit Sahaja Di Malaysia !!). Kesimpulannya, kereta ini beroperasi hampir sama dengan kenderaan elektrik tanpa memerlukan stesen pengecas. Cuma jangan lupa mengisi minyak untuk enjin 1.2 liter.
Selain itu, model hibrid ini mempunyai lebih berkuasa daripada Ativa biasa. Sebagai ulang kaji, Ativa menggunakan enjin 1.0 liter (998 cc) turbo tiga silinder (1KR-VE TURBO). Ia menghasilkan 98 PS pada 6000 rpm dan 140 Nm tork dari 2400 hingga 4000 rpm. Ativa mempunyai 8 PS dan 30 Nm kurang daripada model hibridnya.
2. Prestasi
Malangnya, tiada maklumat mengenai prestasi kereta ini yang disediakan oleh Perodua. Tetapi, terdapat video YouTube yang menguji prestasi model setaranya, Toyota Raize Hybrid. Berikut adalah butirannya:
• 0-60 km/j dalam 4 saat.
• 0-100 km/j dalam 9.42 saat.
• 0-150 km/j dalam 25.48 saat.
• 60-100 km/j dalam 6.42 saat (Dalam gear B).
• 60-120 km/j dalam 10.82 saat (Dalam gear B).
• 80-100 km/j dalam 4 saat.
• 80-120 km/j dalam 8.2 saat.
• 100-120 km/j dalam 5 saat.
• 100-140 km/h dalam 11.32 saat.
• Kelajuan maksimum: 152 km/j.
Sekarang, kita bandingkan dengan Ativa biasa. Tetapi, maklumat yang ada hanyalah pecutan 0-100 km/j:
• 0-100 km/j dalam 13.2 saat.
Memandangkan model hibrid lebih berkuasa daripada Ativa biasa, ia sememangnya menghasilkan prestasi yang lebih baik secara realiti.
3. Dalaman
Perbezaan antara kereta ini dengan Ativa ialah kawalan iklim. Ativa Hybrid didatangkan dengan kawalan iklim automatik, tetapi ia kehilangan dua fungsi memori yang terdapat pada Ativa biasa. Selain itu, model hibrid ini mempunyai butang untuk menghidupkan enjin berwarna biru dengan ikon dan huruf yang berbeza.
Kereta ini menggunakan jenis elektronik dengan fungsi 'auto-hold' berbanding brek tangan konvensional. Skrin 'infotainment' digantikan dengan skrin yang sama pada Ativa. Akibatnya, ia tidak disertakan dengan 'Apple CarPlay' dan 'Android Auto'. Versi hibrid ini juga tidak mempunyai kamera parkir belakang. Seterusnya, kereta ini menggunakan campuran kulit dan fabrik untuk tempat duduk.
Kereta ini juga mempunyai bilangan butang lebih rendah pada stereng serta tidak mempunyai kawalan audio. Kereta ini hanya didatangkan dengan kit pembaikan tayar dan bukannya tayar ganti bersaiz penuh seperti Ativa. Terdapat juga fungsi 'Smart Pedal' di mana kereta akan membrek sendiri. Kemudian, ia menghantar tenaga tersebut kepada bateri apabila pedal pendikit dilepaskan.
Perodua turut tidak menyebut ciri keselamatan aktif dalam kereta ini. Jadi berdasarkan butang yang terdapat pada stereng, ia mungkin mempunyai 'Lane Keep Assist' dan 'Adaptive Cruise Control'. Sentuhan unik pada bahagian dalaman ialah dua lubang udara di bawah tempat duduk belakang. Ia digunakan untuk menyejukkan bateri menggunakan udara daripada kawalan iklim.
4. Luaran
Selain itu, kereta ini menggunakan satu warna sahaja untuk pelapisan plastik hadapan bawah. Manakala, Ativa mempunyai plastik hadapan bawah berwarna perak di bahagian tengah dan hitam pada setiap sisi. Ia turut berlaku pada bahagian belakang.
Bercakap mengenai bahagian belakang, tiada trim krom melintang kelihatan di bawah logo Perodua. Bampar belakang mempunyai penempatan berbeza untuk dua pemantul cahaya. Ia juga mempunyai reka bentuk unik untuk dua perumah yang menempatkan satu sensor parkir kereta setiap satu. Secara keseluruhan, reka bentuk Ativa Hybrid sebenarnya kelihatan lebih bersih daripada Ativa biasa.
Tatkala Ativa biasa mempunyai fungsi kemasukan tanpa kunci pada pintu pemandu, Ativa Hybrid terdapat pada kedua-dua pintu hadapan (Source: YouTube, Paul Tan's Automotive News, Perodua Ativa Hybrid Subscription Plan - only RM500 per month!). Seterusnya, cermin sisi berwarna badan yang lebih kecil dengan cermin tambahan yang dipasang di bawah cermin sisi kiri (Sumber: paultan.org).
Dari segi warna, versi hibrid yang datang ke Malaysia hanya terdapat dalam warna 'Pearl White' tanpa bumbung hitam. Kereta ini menggunakan roda 17 inci dengan reka bentuk berbeza. Rodanya mempunyai lima lug dan bukannya empat seperti Ativa. Ia dibalut dengan tayar mesra alam Dunlop Ensave dengan lebar 195 berbanding 205 pada tayar Ativa.
5. Mekanikal
Ativa Hybrid lebih berat berbanding Ativa biasa antara 25 hingga 30 kg (Sumber: YouTube, Pandu Laju, PERODUA ATIVA HYBRID | Cuma 300 Unit Sahaja Di Malaysia !!). Kemungkinan berat kereta adalah sekitar 1060 kg hingga 1070 kg (Sumber: GOONET Exchange). Ativa biasa mempunyai berat 1020 kg untuk varian X dan 1035 kg untuk varian yang lain (Sumber: Perodua Malaysia).
Menariknya, penutup but untuk Ativa Hybrid diperbuat daripada plastik berbanding logam untuk Ativa. (Sumber: YouTube, Paul Tan's Automotive News, Perodua Ativa Hybrid Subscription Plan - only RM500 per month!).
6. Dimensi
Versi hibrid sebenarnya bersaiz lebih kecil daripada Ativa. Ativa Hybrid adalah 70 mm lebih pendek, 15 mm kurang lebar dan lebih rendah daripada Ativa (Sumber: Perodua Malaysia). Oleh itu, kereta ini mempunyai kelegaan tanah 185 mm berbanding 200 mm pada Ativa (Sumber: YouTube, Paul Tan's Automotive News, Perodua Ativa Hybrid Subscription Plan - only RM500 per month!). Dimensi adalah berdasarkan model setaranya, Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid:
• Panjang: 3995 mm.
• Tinggi: 1620 mm.
• Lebar: 1695 mm.
7. Harga
Pelanggan perlu memandu kereta mereka sejauh 100,000 km dalam tempoh lima tahun. Lima tahun kemudian, mereka perlu memulangkan kereta itu kepada pengedar tanpa sebarang pengubahsuaian dibuat pada kereta mereka.
8. Kecekapan
Ativa Hybrid jauh lebih menjimatkan daripada Ativa biasa. Menurut Perodua, kereta ini boleh mencapai 31.3 km/L (Sumber: paultan.org) berbanding 18.9 km/L untuk Ativa (Sumber: Perodua Malaysia).
Akhir sekali, Perodua mempromosikan kereta ini untuk mereka yang tidak sempat menerima Ativa biasa selepas tempahan dilakukan. Perodua juga mempromosi kepada mereka yang berhasrat memandu kereta hibrid (Sumber: YouTube, Pandu Laju, PERODUA ATIVA HYBRID | Cuma 300 Unit Sahaja Di Malaysia !!).